Wazzup...
Malam tadi rasa puas sbb performance diowg semuanyer menghiburkan kali ini..
Masing2 dah buat yang terbaik, even langkah Stanly terhenti, tapi aku rasa keluarnya Stanly bermaruah. Sedey gak malam tadi dia kuar. Walaupun dia bukan peserta fav aku, tapi entahlah tersentuh lak malam tadi..
Mungkinkah sejarah Mila akan berulang?? Atau adakah pengundi AF6 sepakat menobatkan sekali lagi pelajar lelaki sebagai pilihan utama?? Entahlah, semua orang ada pilihan masing2. Itu hak sebagai penonton, peminat sekaligus pengundi kepada calon yang dirasakan paling layak.. Lelaki atau perempuan bukan persoalan. Tapi malam final nanti bakal menguji sejauh mana pelajar2 ini bersedia untuk meneruskan perjuangan mereka di dunia realiti hiburan tanahair.
Ape2 pung, pelajar fav yang memang aku dah ushar dari konsert pertama lagi STACY akhirnya berjaya gak ke final. Walaupun malam tadi aku kompiden gilerrzz dia layak, tapi macam2 leh berlaku.. Takut gak kalau2 dia tercicir. But, finally, AC mengiyakan yang STACY bakal seiring dengan Nadia menjadi wakil untuk pelajar wanita ke pentas terakhir di Bukit Jalil.. Yahhooooo.................. Memang tak sedar diri beb, aku menjerit kat umah!!
Cuma sekarang ada rasa frust skit sbb myb eh bukan myb r tapi kompem tak dapat nak g Bukit Jalil next week coz ada benda penting kena settle sabtu nie. Walaupun tak dapat tgk live, aku akan pastikan aku dapat tgk kat umah.. Insyaallah.
Persembahan Stany malam tadi mmg best. Cam biasa dia tak penah menghampakan walau satu konsert pun. Dia mmg boleh move.. Salah satu sebab yang buat aku suka minah nie, walaupun lincah mana pun dia, suara dia tak pancit beb.. Dia mmg ada talent dan dia mmg layak ke final. Sweet sgttt, ADA CINTA kat tangan Stacy n Nubhan. Aku rasa inilah persembahan duet terbaik selain MY HEART - Mila n EBI AF5..
Tentang bebudak lain takde pape yang aku nak ngomelkan sbb itu pilihan pengundi. Ini bermakna mmg diowng semua layak sebagai barisan pelajar2 terakhir..
Ape2 pung, pengundi akan terus mengundi pelajar pilihan mereka. Mereka semua sama2 terbaik hanya nasib je yang bakal membezakan mereka di malam terakhir nanti.
KEDUDUKAN PELAJAR SEBELUM KONSERT KE 9
Stacy 19%
Riz 19%
Nadia 17%
Nubhan 17 %
Stanly 14%
Toi 14%
Stacy 19%
Riz 19%
Nadia 17%
Nubhan 17 %
Stanly 14%
Toi 14%
KEDUDUKAN PELAJAR SELEPAS UNDIAN DITUTUP
Toi 19%
Stacy 19%

0 comments:
Post a Comment